
Ucapan RM BTS Tentang Perang Korea Cetus Kemarahan Rakyat China
Kumpulan BTS baru-baru ini telah berhadapan dengan kontroversi gara-gara ucapan ketua kumpulan mereka, RM (Rap Monster) ketika menerima penghargaan di Van Fleet Award.
Dalam ucapannya, RM menyebutkan tentang pakatan antara Korea Selatan dan Amerika Syarikat sepanjang Perang Korea yang berlaku antara 25 Jun 1950 hingga 27 Julai 1953.
Antara intipati ucapan tersebut juga , RM merujuk bahawa tahun 2020 adalah sebagai memperingati 70 Tahun Perang Korea dan menghormati mereka yang mengorbankan kehidupan ketika membantu Korea Selatan berpisah dengan Korea Utara.
Ternyata petikan ucapannya itu telah mencetuskan kemarahan ramai rakyat China kerana ia adalah satu isu yang sangat sensitif.
Impak kepada isu tersebut turut menyebabkan jenama seperti Samsung, FILA dan Hyundai China terpaksa memadam kandungan produk yang berkaitan BTS sebagai model rasmi mereka.
Selain itu, terdapat juga kejadian di China, di mana seorang individu telah dipukul gara-gara dikatakan peminat BTS dan memakai sarung telefon dengan gambar kumpulan berkenaan.
Mengikut sejarah, perang selama tiga tahun itu membabitkan Korea Selatan dan Korea Utara. Seperti diketahui umum, Korea Utara merupakan sebuah negara Komunis yang disokong kuat oleh negara China dan Russia, manakala Korea Selatan pula disokong oleh Amerika Syarikat. – KopiPlanet.com