
Ucapan Sweet Jep Untuk Birthday Isteri Tersayang
Pasangan selebriti popular Jep Sepahtu dan Sariyanti sering kali menjadi perhatian peminat setia mereka.
Terbaharu, ucapan sweet Jep sempena ulang tahun ke-33 kelahiran Sariyanti ini berjaya menangkap hati netizen yang merasakan mereka merupakan antara pasangan selebriti Malaysia paling serasi dan romantik.
Dalam ucapannya Jep menulis, “Selamat ulang tahun kelahiran buat kamu yang sentiasa menyenangkan hati. Semoga dikurniakan kesihatan yang baik, dilimpahkan kebahagiaan dunia dan akhirat, sentiasa berada di dalam perlindungan serta rahmatNya. Terus istiqamah di jalanNya kerna Dia tidak pernah memungkiri janji. Happy birthday sayang!! @sariyanti.”
Sariyanti turut sama memuat naik gambarnya bersama Jep dan kek birthdaynya, sambil berterima kasih di atas setiap doa yang dikirimkan oleh pengikut di laman Instagramnya.
Pelakon kecil molek ini turut mengambil kesempatan memohon maaf kepada followers-nya sekiranya ada salah silap daripada pihaknya selama ini.
Jep dan Sariyanti bernikah pada 25 Februari lalu di Dewan Mercu Mustapha Kamal, Damansara Perdana selepas menjalin cinta sejak terlibat dalam penggambaran sitkom J.K.K. – KopiPlanet.com