EventHiburan

UK’s & Slam Bakal Bergabung Dalam Satu Pentas Menerusi Concert Uk’Slam Musical

Melangkaui tiga dekad pembabitan mereka dalam dunia muzik di negara ini, dua kumpulan muzik pop rock lagenda, UK’s dan Slam buat pertama kalinya dalam sejarah bakal digabungkan di atas satu pentas, dalam satu persembahan yang sama (gabungan), akan membawa peminat-peminat mereka khayal dan menghayati alunan lagu dan muzik sambil mengimbau kembali nostalgia bersama dalam “CONCERT UK’SLAM MUSICAL”. 

Dianjurkan oleh BOMBBAY LEGEND WORLDWIDE bersama AMIR UKS ENTERTAINMENT, “CONCERT UK’SLAM MUSICAL” yang berdurasi hampir tiga jam itu akan berlangsung di STADIUM MALAWATI SHAH ALAM pada 3 FEBRUARI 2024

Kumpulan UK’s yang diterajui Mohd Azmir Bin Muhammad Yusuf @ Amir sebagai vokalis bersama Rozdenil Bin Toni (gitar), dan turut dianggotai Mohamad Saleh Bin Mohd Alias (bass), Amiruddin Bin Shariff (drum) dan turut menampilkan Mustafa Kamal Bin Ahmad @ Mus Satira (gitar), pemain sessionis asal dalam rakaman album kumpulan Uk’s. 

Manakala kumpulan Slam diterajui Shah Nizam Bin Abdul Halim @ Shah (gitar) bersama Zamani Bin Ibrahin sebagai vokalis, Eddie Bin Ahmad (keyboard), Nor Azli Bin Masrani (bass) dan Othman Bin Khalid (drum). 

Konsert ini juga bakal disertai oleh pemuzik-pemuzik undangan seperti Raja Mohd Sham (gitar akustik), Mirzan (keyboard), Mohar (seruling bambu), Pa’ang (perkusi). 

UK’s dan Slam menyifatkan, lamaran untuk mereka bergabung dalam satu persembahan di satu pentas yang sama merupakan satu kelainan dalam sejarah penglibatan karier mereka dalam mengadakan konsert. Peluang yang diberikan ini dianggap sesuatau yang tidak terduga dan sukar untuk dilepaskan sebagai pemuzik dan anak seni

Konsep persembahan ini akan dibahagikan kepada beberapa segmen yang mempunyai nilai sentimental dari segi garapan, susunan dan sentuhan penceritaan melaui elemen visual dan muzikal yang akan digabungkan bersama-sama di dalam persembahan oleh kedua-dua kumpulan. 

“CONCERT UK’SLAM MUSICAL” kali ini, akan menyajikan kelainan rasa dalam persembahan di mana ia akan dibahagikan kepada beberapa segmen. Kedua-dua kumpulan bakal mempertaruhkan gaya persembahan masing- masing, tentunya akan memberikan kelainan kepada peminat kerana masing- masing ada aura dan kekuatan tersendiri daripada pelbagai aspek dalam persembahan segmen solo

Antara elemen yang akan diketengahkan di antara persembahan daripada setiap segmen ke segmen yang lain akan disulami dengan susunan gabungan audio visual secara muzikal

‘Magis’ yang akan ditonjolkan bagi persembahan kali ini adalah ‘gabungan duet’ antara kedua-dua kumpulan ini melalui lagu dan muzik yang akan dimulai dengan susunan irama akustik seperti yang ditonjolkan pada persembahan Sidang PraTonton pada hari ini

Persembahan akustik ini menunjukkan keserasian dalam muzik antara lagu-lagu Uk’s dan Slam serta gabugan persembahan mereka yang bakal dipersembahkan pada Konsert UK’SLAM Musical nanti. 

‘Gabungan duet’ antara kedua-dua kumpulan ini seterusnya akan membawa kepada persembahan yang lebih bertenaga dan energatik menerusi segmen yang akan membawa para peminat UK’SLAM bergabung menjadi satu untuk bersama-sama menyanyikan keseluruhan irama lagu hingga ke akhir persembahan. 

Kumpulan UK’s dan Slam dikenali dengan alunan lagu-lagu yang membelai jiwa yang bertenaga dengan alunan vokal yang lunak, merdu dan mendayu-dayu, disamping pemilihan lagu yang tepat antara himpunan lagu-lagu mereka yang menjadi siulan dan kegilaan para peminat mereka adalah sangat penting bagi persembahan ini. Selain bernostalgia, konsert ini dijangkakan akan menjadi sebuah persembahan yang penuh malar segar dengan memori dan kenangan buat peminat mereka. 

Oleh itu, persembahan ini akan menghidangkan himpunan seleksi 30 lagu terbaik dalam senarai all-time favourite bagi kedua-dua kumpulan berkenaan.

Konsert ini bakal diadakan di Stadium Malawati Shah Alam dengan kapasiti 7,000 orang itu akan menghimpunkan para peminat UK’s dan Slam dari seluruh pelusuk negara untuk menikmati persembahan mereka yang berskala besar di mana vanue ini telah terbukti berjaya dalam penganjuran konsert berskala besar bagi artis-artis di negara ini. 

“CONCERT UK’SLAM MUSICAL” ini merupakan sebuah produksi Bombbay Legend Worlwide bersama AMIRUK’S Entertainment dengan sokongan Johan Enterprise, Mewah Event Management, Mr Helibro, JBR Bundle , Fajar Baiduri Empire , Lepaq King dan Sayapniaga sebagai rakan strategik, manakala ilassotickets (www.ilassotickets.com) bagi pengurusan jualan tiket. 

Tiket-tiket boleh didapati dengan melayari laman sesawang: www.ilassotickets.com atau hubungi: Tiket hotline: +60 11-1329 7822 (Whatsapp). 

Tiket berharga:
GOLD – RM588
(Numbered Seating)  SILVER – RM308 (Numbered Seating), BRONZE – RM248 (Numbered Seating) YELLOW – RM408 (Numbered Seating) RED – RM248 (Free Seating) BLUE – RM188 (Free Seating) GREEN – RM108 (Free Seating) ORANGE – RM208 (Free Seating) PURPLE – RM148 (Free Seating). – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button