Cerita ArtisHiburan

Umairah Tampil Single Baharu, Tak Balik Raya Dilema Anak Rantau Setiap Kali Musim Perayaan

SN Legacy Sdn Bhd mengumumkan pelancaran single raya terbaharu daripada penyanyi Umairah yang berjudul Tak Balik Raya yang telah dilancarkan di semua platform penstriman digital.

Tak Balik Raya menampilkan lirik mengenai dilema seseorang yang terpaksa menyambut hari raya berjauhan dengan keluarga kerana terpaksa bekerja. Lagu ini bukan sahaja menyampaikan emosi rindu dan sayu tetapi menyuntik elemen kegembiraan dengan melodi yang segar.

Menurut Umairah, Tak Balik Raya menceritakan realiti sebenar yang dialami oleh anak rantau setiap kali menjelang musim perayaan. Walaupun liriknya menyentuh hati tetapi ada nada memujuk dengan kemajuan teknologi terkini, anak-anak masih dapat menghubungi keluarga dengan pelbagai cara seperti menelefon dan sebagainya.

“Lagu ini mudah melekat di ingatan dan sejak saya mengeluarkan `teaser’ atau petikan awal lagu ini, saya menerima komen positif dari warganet. Saya juga terharu dengan sokongan yang diberikan kepada saya sebagai artis baharu dalam industri muzik,’’ ujar penyanyi yang bergelar juara kategori vokal (junior) di World Championships Of Performing Arts 2024 di Los Angeles, Amerika Syarikat.

Tak Balik Raya merupakan lagu dan lirik ciptaan Mas Dewangga dan Jova Devito. Seakan-akan jatuh cinta pandang pertama, demo lagu raya yang diberikan beberapa bulan lalu telah menambat hati Umairah.

“Saya tidak menunggu lama untuk bersetuju memilih dan merakamkan lagu ini. Muzik dan emosi lagu ini juga sesuai dengan usia remaja saya,’’ tambah Umairah.

Umairah juga bakal melancarkan video muzik Tak Balik Raya di saluran youtube rasmi Universal Music Malaysia pada 7 Mac ini, bermula 9 malam. Video muzik ini diproduksi oleh Rio Films dan diarahkan oleh Rifaiee Rio.

Umairah turut menampilkan penari pengiring yang terdiri daripada rakan-rakannya di Sekolah  Seni Malaysia Kuala Lumpur. Bagi Umairah, beliau mahu berkongsi bakat dan memberikan peluang kepada rakan-rakan yang berbakat dan belajar dalam bidang tari di sekolahnya.

Lagu Tak Balik Raya mendapat kepercayaan pihak Universal Music Sdn.Bhd sebagai pengedar yang turut membantu mempromosikan lagu ini terutamanya pada bulan Ramadan dan Syawal. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button