Setelah tujuh hari melahirkan anak kedua, akhirnya pelakon Ummi Nazeera menayangkan wajah anaknya.
Menerusi satu perkongsian video di Instagram, Ummi turut mengumkan nama anaknya itu.
“Alhamdulillah. Dah hari ke-7. Ummi nak share nama anak kami iaitu Aysha Arsylia. Sempena nama isteri baginda Rasulallah SAW. Arsylia pula yang bermaksud kehidupan yang tenteram, bahagia & sempurna.
“Semoga Aysha akan membesar menjadi anak yang solehah, dengar cakap ibu bapa & keluarga, serta berbakti kepada agama dan negara,” kongsinya.
Pada masa sama, Ummi turut menyatakan pengalaman ketika peringkat awal dia mengandungkan anak keduanya.
“Risau mummy masa 4 minggu mengandungkan Aysha dulu dah bleeding.
“Tapi alhamdulillah, mummy diberi peluang untuk melahirkan Aysha secara normal. Syukur syukur.Allah Maha Besar,” ujarnya. – KopiPlanet.com




