Cerita ArtisHiburan

Umum Berhenti Guna Media Sosial, Shila Amzah Dilihat Masih Lagi Muat Naik Gambar Di Instagram, Jawab Pertanyaan Di IG Story

Biarpun baru sahaja mengumumkan mahu berhenti buat seketika daripada menggunakan media sosial, namun penyanyi berkenaan masih lagi dilihat aktif menggunakan platform berkenaan.

Menerusi pemerhatian yang dibuat, ternyata penyanyi berkenaan dilihat menjawab beberapa pertanyaan yang dimuat naik di IG Story.

Apa yang lebih menarik perhatian, Shila turut menyelar seorang individu yang mempersoalkan tentang dirinya yang dikatakan mahu berehat daripada media sosial.

Selain itu, menerusi ruangan feed di Instagram pula, Shila turut memuat naik gambarnya bersama penyanyi kelahiran Aisyah Aziz, namun menutup ruangan komen pada posting berkenaan.

Semalam, penyanyi berkenaan menyatakan dia akan berhenti untuk menggunakan media sosial buat sementara waktu dan menyifatkan media sosial adalah platform yang terlalu toksik untuk dirinya.

Difahamkan, dia membuat kenyataan berkenaan kerana berasa kecewa dengan komen netizen yang mengkritik pakaiannya ketika muncul di Konsert HausBoom Music 2023 baru-baru ini. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button