Cerita ArtisHiburan

Unknown Kesal Dilabelkan Baru Akil Baligh, Terlalu Berkiblatkan BTS & Perosak Industri Muzik

Kumpulan Unknown meluahkan rasa kesal mereka apabila dilabelkan dengan pelbagai tohmahan semenjak menceburkan diri dalam dunia hiburan sejak tahun lalu.

Salah seorang anggota kumpulan tersebut iaitu Momo berkata, mereka tidak memberi sebarang respond terhadap segala kecaman netizen.

“Dalam banyak komen yang diberikan, ada orang cakap kami kumpulan baru akil baligh. Paling teruk, ada yang cakap kami perosak industri dan ‘berkiblatkan’ BTS memandangkan kami menampilkan lima jejaka sebagai ahli kumpulan.

“Memang kami akui kami, siapa tak terasa kan bila dikritik sedemikian? Sedangkan kami dah berusaha dan keluarkan lagu-lagu yang terbaik, tetapi orang beri kritikan yang menjatuhkan,” ujarnya..

Momo berkata demikian sewaktu ditemui semasa majlis berbuka puasa Ace Talents bersama anak-anak yatim dan perlancaran lagu OoTD Raya di Grand Barakah Hotel, Ampang semalam.

Selain Momo, kumpulan yang terkenal dengan lagu Jangan Marah (Baby Sayang), turut dianggotai Mary Haf, Izmeer, Ameer dan Zaq.

Dalam pada itu, mengenai persepsi segelintir yang menyatakan mereka berkiblatkan BTS, Momo menegaskan kumpulannya itu ada identiti sendiri.

“Berkenaan dengan BTS, kami langsung tidak meniru mereka. Lagipun kami mempunyai identiti sendiri. Semua kritikan netizen tidak kami jawab, kami hanya membiarkan sahaja.

“Kami akan cuba memperbaiki diri kami dan memberi kualiti kerja yang lebih baik di masa akan datang,” kata Momo mewakili kumpulan ini.

Dalam pada itu, Da Uknown turut mengakui lagu Jangan Marah (Baby Sayang) lebih dikenali berbanding diri mereka.

“Lagu terbabit viral di TikTok dan digunakan oleh ramai netizen. Alhamdulillah, kami anggap itu satu permulaan yang baik biarpun orang tidak mengenali kami lagi.

“Kami jadikan ia sebagai pembakar semangat untuk terus berusaha kuat. Kini kami tampil dengan lagu Tersakiti dan mendapat respons baik.

“Kami juga menghadiri pelbagai kelas seperti kelas tarian, kelas vokal dan belajar cara bagaimana untuk berkomunikasi dengan orang ramai untuk memantapkan lagi kumpulan kami,” kata Haf. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
1
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button