Cerita ArtisHiburan

Uqasha Senrose Luah Rasa Kesal Difitnah Sebagai Pembuli Semasa Zaman Sekolah Menengah

Pelakon popular Uqasha Senrose meluahkan rasa kesal apabila telah menjadi mangsa fitnah seorang individu yang menuduh dirinya seorang pembuli semasa zaman persekolahan.

Uqasha berkata, buat masa ini dia masih trauma dengan apa yang berlaku dan terkejut apabila difitnah sedemikian.

“Allahukhabar Masyallah Subahnallah . lepas apa jadi yg sgt besar pada sy dan suami , ada pula yg cakap sy n fitnah sy sebagai pembuli .. dengan satu gambar tu saya dah dicop sebagai pembuli .. siapa yang tengah buli mental siapa ni .. dan gambar tu siapa yg ceria ?

“Dengan keadaan mcm ni baiklah saya focus on my husband n myself .. sy masih dlm keadaan terkejut dan trauma dan difitnah sebagai pembuli . Allahuakhbar,” ujarnya menerusi Twitter.

Menerusi satu posting seorang individu di Twitter yang menggunakan nama @ImZawani, dia mendakwa telah dibuli pelakon berkenaan semasa sekolah menengah sehingga terpaksa berpindah sekolah.

Dalam pada tu, Uqasha ketika membalas tweet telah menyatakan mahu berjumpa dengan individu berkenaan, malah telah menyerahkan segala maklumat untuk pihak polis membuat siasatan.

“@IamZawani to u that hs menabur fitnah kaw2…. l’ll see u soon. Dont worry everything bout u ur details police akan buat siasatan.

“Allah tu Maha Besar. U can block me all u want after this buat all ur conversation and details kami dah dapat. Dunia ni kecil,” ujarnya. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button