Cerita ArtisHiburan

Uqasha Senrose Sahkan Sudah Alami Dua Kali Keguguran

Pelakon popular, Uqasha Senrose memaklumkan bahawa dirinya sudah dua kali mengalami keguguran sejak mendirikan rumah tangga pada sejak Disember 2021.

Uqasha berkata, kali pertama dia gugur ketika mengerjakan umrah pada awal tahun lalu, manakala kali kedua pada November lalu.

“Semasa mengerjakan umrah, saya period dan keluar darah yang agak banyak. Kemudian apabila pulang ke Malaysia, saya alami lagi period yang teruk. 

“Kemudian saya ambil keputusan untuk buat pemeriksaan di hospital. Doktor minta saya buat ujian kehamilan dan alat ujian tunjuk ada dua garis yang menunjukkan saya hamil, cuma kandungan tu memang dah tak ada,” ujarnya. 

Uqasha berkata demikian ketika ditemui semasa Majis Tayangan Perdana Program Ramadan Astro 2023 yang berlangsung hari ini.

Menurut isteri kepada Kamal Adli itu lagi, dia sekali hamil pada November tahun lalu, namun masih lagi keguguran.

“Dua kali hamil, memang kedua-duanya saya dan suami tidak tahu, malah saya dapat lagi buat pelbagai aktiviti.

“Untuk kehamilan yang pertama, saya pun tak tahu usia kandungan, cuma yang kali kedua ni saya sempat hamil dua bulan,” jelasnya.

Mengenai perancangan untuk hamil lagi, Uqasha memaklumkan dia dan suami perlu merancang memandangkan dia sendiri akan terlibat dengan penggambaran sehingga bulan Ogos ini. 

“Bukan tak nak mengandung dalam masa terdekat, tetapi sekarang ini dah macam terikat dengan jadual. 

“Cuma sekarang ini saya rasa lega sebab tahu yang saya boleh mengandung, cuma buat masa ini belum ada lagi rezeki saya dan Kamal,” ujarnya. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
1
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button