Cerita ArtisHiburan

Uyaina Arshad Selamat Jalani Pembedahan Apendiks, Bernasib Baik Sebab Belum Pecah

Pelakon dan pengacara popular, Uyaina Arshad telah selamat menjalani pembedahan apendiks di sebuah hospital malam tadi.

Perkara berkenaan telah dikongsikan sendiri oleh pelakon tersebut menerusi satu posting yang dimuat naik akaun Instagram miliknya.

“Syafakillah Uyaina & Baby. Semalam Uyaina baru je kena operate sebab Appendix. I’m lucky sebab Appendix tu belum rupture. Kalau tak, tak tahu lah..

“Pagi semalam, bangun tidur terus rasa sakit sangat2 belah bawah kanan perut. Sakit yang takleh gerak tu. Kalau gerak lagi sakit. Syahiran ajak Yana pergi hospital terus untuk check up. Dr terus tahan ward,” ujarnya.

Menurut Uyaina, pembedahan dilakukan kira-kira pada pukul 10.00 malam dan semuanya berjakan dengan lancar.

“Alhamdullilah operation semalam pukul 10 malam. Semuanya berjalan lancar. Terima kasih kepada semua doktor & nurse di @avisenaspecialisthospital sebab jaga Uyaina sebaik mungkin.

“Mohon doa dari semua supaya Uyaina sembuh cepat.. Dan semoga Baby sihat.. Kesian Baby.. Aaminn..,” ujarnya. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
1
+1
0
+1
1
+1
0
+1
0
+1
1
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button