
Posh Spice Nafi Gosip Cerai Dengan David Beckham
Victoria Beckham atau lebih dikenali sebagai Posh Spice memuat naik sekeping gambar menunjukkan aksi mesra bersama suaminya, David Beckham di laman Instagramnya, baru-baru ini sekali gus menepis dakwaan mengatakan perkahwinan mereka kini di ambang perpisahan.
Ketika menghadiri majlis pertunjukan fesyen Kent & Curwen di London, semalam, Victoria memegang tangan David yang diletakkan di atas bahunya.
Gosip penceraian mereka mula tersebar sejak dua hari lalu menerusi tabloid media antarabangsa.
Walaupun datang berasingan ke majlis tersebut, pasangan itu sentiasa berada di sisi satu sama lain sepanjang acara itu berlangsung.
Wakil jurucakap mereka juga sudah mengeluarkan satu kenyataan pada Jumaat lalu mengatakan, “Tiada sebarang kenyataan berhubung penceraian akan dikeluarkan. Itu hanyalah satu khabar angin.”
Hasil perkahwinan, pasangan ini mempunyai empat cahaya mata, Brooklyn, 19, Romeo, 16, Cruz, 13, dan Harper Seven, 7. – KopiPlanet.com