Cerita ArtisHiburan

Video Pelawak Lan Pet Pet Bergaduh Dengan Seorang Penghantar Makanan Tersebar?

Nama pelawak popular Lan Pet Pet kembali menjadi sebutan apabila video yang didakwa dirinya bergaduh sudah mula tersebar.

Menerusi satu video yang dirakam oleh seorang pengguna jalan raya, pelawak itu dilihat bergaduh dengan seorang penghantar makanan.

Individu berkenaan kelihatan cuba merangkul leher lelaki penghantar makanan tersebut dan memukul kepalanya.

Pada masa sama, kelihatan beberapa orang individu lain cuba menenangkan keadaan yang meleraikan pergaduhan tersebut.

Namun begitu, lokasi serta tarikh kejadian tersebut berlaku tidak dapat dipastikan.

Sebelum ini, pelawak berkenaan mengejutkan ramai apabila memukul seorang pengawal keselamatan, Yahya Manap atau Pak Ya, 71, pada 6 April 2019.

Dia telah dikenakan dente sebanyak RM2,000 oleh Mahkamah Majistret Seremban pada 15 April 2019 selepas mengaku bersalah terhadap perbuatan yang dilakukannya itu. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
1
+1
0
+1
2
+1
3
+1
0
+1
7

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button