Cerita ArtisHiburan

Video Pergaduhan Dengan Seorang Penghantar Makanan Viral, Lan Pet Pet Buat Laporan Polis

Pelawak, Lan Pet Pet atau nama sebenarnya, Mazlan Ahmad telah membuat satu laporan polis berhubung video pergaduhan yang viral membabitkan dirinya dengan seorang pengantar makanan.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintenden Ashari Abu Samah mengesahkan tentang laporan polis yang dibuat pelawak berkenaan.

“Kejadian berlaku pada 1 Mei 2021 kira-kira pukul 6.30 petang dan menerusi rakaman berdurasi 23 saat itu, kelihatan pelakon tersebut sedang berselisih faham dengan seorang penunggang motosikal yang juga merupakan seorang penghantar makanan.

“Kejadian berlaku di hadapan kedutaan Rusia dan dikatakan tercetus akibat perselisihan faham di jalan raya,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ashari berkata, buat masa ini pihaknya telah menerima laporan daripada pelakon itu berhubung kejadian berkenaan, namun semakan mendapati tiada menerima sebarang laporan daripada penghantar makanan tersebut.

Jelasnya, individu yang terlibat dalam insiden pergaduhan itu juga diminta tampil membuat laporan polis agar siasatan dapat dijalankan.

Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kes ini boleh menyalurkannya ke Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2115 9999

“Orang ramai juga boleh menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Wangsa Maju di talian 03-9289 9222 atau mana-mana balai polis yang berdekatan,” jelasnya. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
1
+1
1
+1
1
+1
4
+1
3
+1
3
+1
2

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button