PopularViral

Viral Suami Tolak Isteri Berkerusi Roda Dengan Aksi Wheely, Ebit Lew Beri Hadiah Sebuah Kereta Proton Saga BLM

Baru-baru ini viral mengenai seorang suami yang menolak isteri berkerusi roda dengan aksi wheely sehingga menjadi perhatian netizen.

Malah, apa yang lebih menarik lagi apabila ia turut menjadi perhatian penceramah Ustaz Ebit Lew yang telah bermurah hati untuk menghadiakan pasangan berkenaan sebuah kereta Proton Saga BLM.

“Sebak syukur baru selesai hadiahkan Proton Saga BLM buat suami yang viral tolak isteri dengan kerusi roda wheely tayar di Trafic light Bagan Dalam Penang.

“Pasangan suami isteri ni ada kad oku. Sedih tengok suami isteri ni. Ujian mereka. Semalam dari Terengganu terus ke Pulau Pinang. Semalam kereta Perodua Bezza hari ni kereta Proton Saga BLM,” kongsinya di Instagram.

Menurut Ebit, isteri kepada lelaki berkenaan terkejut dengan pemberian tersebut sehingga menangis kegembiraan atas hadiah yang diterima.

“Menangis gembira kakak ni. Kenal saya. Terkejut dan tak sangka sampai ke sini. Kakak terkejut tak sampai sejam selesai dapat kereta baru. Bayar cash dekat kedai. Owner kedai pun baik je. Berkat Ramadhan ke 2.

“Syukur rasa walau buka dijalan. Hari ni sahur dan buka puasa di kedai tepi jalan je. Semoga Allah terima semuanya,” ujarnya.

Sebelum ini, Ebit telah menghadiahkan sebuah kereta Perodua Bezza kepada seorang peniaga aiskrim dilihat menunggang sebuah motosikal roda tiga sambil cuba melindungi seorang wanita orang kelainan upaya (OKU) daripada panas terik dengan beg plastik sewaktu melalui Jambatan Angkat Kuala Terengganu. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button