AntarabangsaKpop

Wajah Kacak V Hiasi Majalah Variety Telah Trending Di Twitter

Memiliki wajah yang kacak dan menarik, foto ahli kumpulan BTS, V yang menghiasi majalah Variety menjadi trending di seluruh dunia menerusi laman Twitter.

V yang berkongsikan beberapa gambar daripada penggambaran tersebut mencetuskan fenomena di kalangan peminat tegar BTS yang digelar Army.

Dilabel sebagai National Treasure of South Korea (Aset Korea Selatan), rata-rata peminat BTS dari Malaysia, Vietnam, Singapura, Amerika Syarikat, Korea Selatan dan Jepun terkesima melihat aura V yang menjadi antara daya penarik kepada kumpulan tersebut.

Penampilan kacak V atau nama sebenarnya, Kim Taehyung, 25, turut menarik perhatian bukan daripada kalangan peminat BTS.

Kebanyakan mereka memuji raut wajah tampan dimiliki selebriti itu yang disifatkan mereka sebagai jejaka yang memiliki wajah paling sempurna.

Pada Mei lalu, V telah dinobatkan sebagai Lelaki Paling Kacak Dunia 2020 mengenepikan beberapa nama besar lain seperti Zayn Malik, Robert Pattinson dan Hrithik Roshan. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
1
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button