Cerita ArtisHiburan

Wawa Zainal, Aeril Zafrel Nafi Ambil Kesempatan Pilih Misya Mazlan Jadi Duta Produk

Pasangan pelakon Wawa Zainal dan Aeril Zafrel menafikan dakwaan yang mengatakan pemilihan Misya Mazlan yang juga madu kepada Marissa Dania menjadi duta produk sebagai strategi marketing semata-mata.

Wawa berkata, pemilihan Misya yang juga isteri pertama kepada Aslam berlaku secara kebetulan dan mereka sudah mengikat perjanjian lebih awal.

“Ia sebenarnya kebetulan… kita pun memang dah lama deal dengan Misya. Bukanlah kami menggunakan dia sebagai pemasaran.

“Pada masa yang sama kita memang nak bantu dia juga. Sebab yang sebelah sana pun dah banyak job. Kita pun nak dia (Misya) lebih menonjol juga supaya dia boleh dapat lebih banyak job,” ujarnya.

Wawa berkata demikian ketika Majlis Indahnya Ramadan bersama Wawa yang telah berlangsung pada petang semalam.

Dalam pada itu, Aeril pula menegaskan apa yang dilakukan olehnya dan Wawa itu bukanlah mahu mengambil kesempatan terhadap kontroversi yang timbul.

“Nak kata ambil kesempatan tu tak betul juga. Kita pun akan tengok siapa influencer yang tengah popular sekarang.

“Kalau nak kata kami ambil wanita yang teraniaya, saya pun tak tahu dia dianiaya atau tidak. Manalah tahu dia pun bahagia je,” ujarnya.

Baru-baru ini, pasangan tersebut mendapat pujian netizen Misya sebagai wajah untuk koleksi tudung terbaru jenama Wawa Scarves selama tiga bulan. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button