Cerita ArtisHiburan

Wawa Zainal Akui Ada Pelakon Popular Tolak Tawaran Berlakon Di Bawah Syarikat Produksi Miliknya & Suami

Pelakon popular Wawa Zainal tidak menyembunyikan perasaan terkilannya apabila terdapat beberapa pelakon wanita popular menolak untuk berlakon filem Sabda Kekasih di bawah syarikat produksi miliknya dan suami iaitu Respected Citizen Production Sdn. Bhd.

Wawa berkata, antara punca utama tawaran tersebut ditolak adalah mereka tidak yakin dengan syarikat produksi baharu.

“Bukan disebabkan jumlah bayaran, tetapi mereka tidak begitu yakin dengan syarikat produksi baharu seperti kami.

“Mungkin juga alasan disebabkan berlakon di samping Wawa Zainal dan perlu membawakan watak kedua. Apapun kami bersyukur kerana mendapatkan seorang pelakon yang tidak kurang hebatnya iaitu Sharifah Husna,” ujarnya.

Diarahkan oleh Azhari Zain, ia menampilkan barisan hebat seperti Aeril Zafrel, Wawa Zainal, Fauziah Nawi, Sabri Yunos dan Sharifah Husna.

Mengenai pemilihan pelakon pula, Aeril bertindak mencari pelakon lain menerusi Instagram setelah beberapa pelakon lain menolak tawaran yang diberikan.

“Apabila Aeril tunjuk Instagram Husna, saya terus bersetuju untuk panggilnya casting. Ternyata pilihan yang kami buat memang tepat dan dia menampilkan lakonan yang memberangsangkan.

“Selain itu, kami juga bertuah kerana mendapat khidmat dua orang pelakon hebat seperti Fauziah Nawi dan Sabri Yunos,” ujarnya.

Sabda Kekasih memaparkan kisah cinta penuh romantik mengenai seorang pemuzik jalanan, Bukhari (Aeril Zafrel) yang mengubah kejahilan dirinya kerana cintakan seorang gadis iaitu Kasih Murni (Wawa Zainal).

Bagaimanapun, ketika hari pertunangan mereka Bukhari tidak hadir dan bermulalah kesengsaraan Kasih yang masih menantikan kekasihnya itu.

Filem Sabda Kekasih merupakan filem sulung terbitan syarikatnya akan ditayangkan dan boleh dilanggan di saluran Astro First 480 mulai 24 Jun ini. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
2
+1
5
+1
1
+1
1
+1
0
+1
3
+1
4

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button