Cerita ArtisHiburan

Wira Di Hati Lagu Istimewa Ciptaan Khas Syamel Buat Frontliners

Selepas muncul dengan single ‘Curang’ beberapa bulan lepas, penyanyi popular Syamel kini tampil dengan sebuah lagi lagu istimewa sebagai tanda penghargaan untuk para pekerja barisan hadapan atau frontliners yang berkorban demi rakyat dalam menangani wabak Covid-19.

Lagu yang berjudul Wira Di Hati ini merupakan hasil ciptaan sepenuhnya oleh Syamel sendiri dan diterbitkan oleh Zimi Sofarz.

Menurut Syamel lagu tersebut diciptakan untuk menzahirkan penghargaan buat pihak barisan hadapan (frontliners) yang bertungkus lumus mengadai tenaga dan nyawa untuk menyelamatkan rakyat Malaysia semasa wabak Covid-19.

“Lagu ini membawa satu penyampaian yang sangat besar, dari kami, buat barisan hadapan di luar sana. Selain itu, lagu ini juga turut memaparkan ucapan penghargaan dari kami, rakyat Malaysia dan juga ucapan daripada barisan hadapan sendiri,” kata Syamel.

Wira Di Hati boleh dimuat turun di iTunes, Raku, Spotify, Joox dan Apple Music. Video lirik dan muzik lagu ini juga boleh ditonton di saluran Youtube Rocketfuel Network. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button