AntarabangsaKpop

Won Bin Dikritik Banyak Jadi Duta Dari Ambil Tawaran Berlakon

Pelakon Won Bin dikritik sebilangan besar peminatnya kerana lebih mementingkan kerjaya sebagai seorang duta.

Peminat yang dahagakan kemunculan Won Bin dalam drama dan filem membuat kecaman itu kerana merindui aksi aktor itu di kaca televisyen.

Won Bin baru-baru ini membuat kemunculan semula selepas lama berehat dalam industri selepas menimang anak sulung pada Disember tahun lalu.

Kemunculan pertamanya dilakukan ketika majlis bertemu peminat sempena majlis pelancaran jenama kelengkapan rumah Cherish.

Pihak media turut membuat kritikan itu apabila mereka mengatakan Won Bin tidak layak digelar sebagai seorang pelakon kerana lapan tahun kebelakangan ini dia tidak terlibat dengan projek lakonan melainkan hanya dilantik sebagai duta produk sahaja.

Lakonan terakhir aktor berusia 41 tahun itu ialah menerusi filem The Man From Nowhere yang ditayangkan pada 2010. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button