FilemTerkini

Yakin Dengan Maklum Balas Positif Penonton, Pengarah Sahkan Jiwa 8 Belas Akan Muncul Dengan Sekuel

Meskipun hari ini menjengah pawagam, filem genre aksi Jiwa 8 Belas terbitan White Merpati Entertainment Sdn Bhd bakal muncul dengan sekuelnya yang masih dalam perancangan lagi.

Penerbit dan pengarah filem, S Baldev Singh, 61, berkata pihaknya yakin menghasilkan sekuel kerana percaya naskhah itu akan mendapat maklum balas positif dari penonton.

“Kami sudah buat yang terbaik dan barisan pelakon meberi komitmen terbaik merealisasikan filem ini.

“Selebihnya, saya serah kepada penonton untuk menilainya dan juga pada Tuhan. Kalau sudah ada bajet, bila-bila masa pun kami boleh mulakan projek sekuel filem ini,” katanya.

Mengenai filem Jiwa 8 Belas lagi, kata S Baldev, ia mempunyai kekuatan dari segi jalan cerita dan mesej untuk disampaikan pada penonton.

Katanya, filem itu memaparkan kisah anak luar nikah dan sebagai ibu bapa, kita perlu mengawal anak remaja yang berusia 18 tahun daripada terjebak dalam gejala sosial.

“Jiwa 8 Belas mengetengahkan barisan pelakon seperti Sophia Albarakbah (Fatien), Shah Hazvee (Ishq) dan Izuan Razali (Mat Kitam) sebagai watak utama.

“Pemilihan barisan pelakon menerusi proses uji bakat dan ketika itu, nama mereka juga belum dikenali ramai,” katanya.

Mengenai penggambaran filem itu, kata S Baldev, ia menjalani penggambaran pada 2020.

Katanya, dia menerbitkan filem dengan duitnya sendiri dengan bajet mencecah RM1 juta tanpa mendapat dana daripada mana-mana pihak.

“Sebagai pengarah berpengalaman, saya tidak berdepan cabaran bekerjasama dengan pelakon baharu kerana apa yang penting, mereka boleh dibentuk dan bekerja keras untuk watak masing-masing.

“Saya berpuas hati dengan prestasi lakonan Sophia, Shah Hazvee dan Izuan kerana berjaya menjiwai karakter dengan baik,” katanya.

Jiwa 8 Belas turut menampilkan barisan pelakon seperti Ikhram Juhari (Edd), Kanda Khairul (Kanda), Akim Nordin (Kucai), Faha Azhar (Botak), A Galak (Kudin), Datuk Fauziah Nawi (emak) dan Datuk Jalaluddin Hassan (Atok Li).

Ia mengisahkan pasangan kekasih melalui pengalaman pahit apabila mereka diculik oleh sekumpulan samseng yang memperdagangkan wanita ke Thailand.

Filem Jiwa 8 Belas mula ditayangkan di pawagam seluruh tanah air bermula hari ini. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button