Cerita ArtisHiburan

Yana Samsudin Maklumkan Semua Ahli Keluarga Termasuk Kedua-Dua Ibu Bapanya Di Kampung Disahkan Positif Covid-19

Pelakon popular, Yana Samsudin memaklumkan bahawa semua ahli keluarga di kampungnya di Yong Peng telah disahkan positif Covid-19.

Perkara berkenaan telah dinyatakan sendiri oleh Yana menerusi satu posting di Instagram miliknya.

“Bismillah, result keluar today. All my family members at Yong Peng, Johor positive Covid-19.

“Astaghafirullahalazim.. Allah maha besar, maha mengetahui segalanya. Mak, abah dan semuanya stay strong. Kami jauh,” ujarnya.

Dalam pada itu, petang tadi Yana menyatakan bahawa kedua-dua orang kakaknya termasuk anak-anak mereka yang kesemuanya 12 orang telah disahkan positif.

Malah, dia meminta supaya sesiapa yang berhubung dengan mereka menjalani ujian swab memandangkan kakak sulungnya tidak bergejala. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button