Cerita ArtisHiburan

Yatt Hamzah Sanggup Jadi Cleaner, Asalkan Dapat Besarkan Anak-Anak Dan Disemadikan Di Madinah

Umum mengetahui mengenai pelakon popular Yatt Hamzah yang kini sedang mengerjakan ibadah umrah seorang diri tanpa ditemani ahli keluarga.

Menerusi satu perkongsian video di Instagram, kelihatan Yatt sedang membantu membersihkan karpet di Masjid Nabawi menggunakan vakum.

Malah, menerusi caption pada video berkenaan, pelakon berkenaan juga berkeinginan untuk membawa keluarganya menetap di Madinah dan teringin untuk disemadikan di situ.

“Ya Allah, aku sangat teringin membawa keluargaku untuk menetap di Madinah agar berada dekat dengan Nabi ku. Aku sangat teringin anak-anak ku bersekolah di Madinah, membesar di Madinah dan aku amat teringin untuk mati di sini agar dapat disemadikan di perkuburan Baqi,” 

“Ya Allah, aku sangat teringin membawa keluargaku untuk menetap di Madinah agar berada dekat dengan Nabi ku. Aku sangat teringin anak2 ku bersekolah di Madinah, membesar di Madinah dan aku amat teringin utk mati di sini agar dapat disemadikan di perkuburan Baqi’,” tulisnya.

Ujar Yatt, dia juga sangat berbesar hati sekiranya dia ditakdirkan untuk menjadi seorang cleaner, asalkan dapat berkhidmat di Madinah.

“Jika pada perkiraanMU, salah satu cara utk berada di sini adalah dengan menjadi seorang cleaner di sini, aku amat berbesar hati YA Allah.

“Aku amat amat bangga andai dapat berkhidmat di sini buat Rasulullah ku SAW. Kau MAKBULKANLAH doa2 Bonda ini Wahai Tuhan yg MAHA MEMAQBULKAN DOA,” ujarnya. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
3

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button