AdvetorialKongsi

Yayasan Pekema Rai 100 Pelajar Tahfuz & Golongan Asnaf, Beri Sumbangan Hari Raya & Beg Sekolah

Yayasan Persatuan Pengimpot dan Peniaga Kenderaan Melayu Malaysia (Pekema) telah meraikan kira-kira 100 pelajar tahfiz dan golongan asnaf dalam satu majlis berbuka puasa di Masjid Muhammadi, Angkasapuri yang berlangsung kelmarin.

Timbalan Presiden Pekema, Datuk Wan Sazrudeen Wan Zaid berkata berkata, majlis yang dianjurkan itu merupakan antara acara tahunan serta sebahagian daripada aktiviti tanggungjawab sosial korporat (CSR) Yayasan Pekema.

“Majlis Seribu Keberkatan dan Kerahmatan Iftar Yayasan Pekema ini sememangnya dianjurkan khusus untuk membolehkan kami menyantuni anak-anak asnaf dan tahfiz yang dikasihi.

“Malah, Yayasan Pekema telah mengambil pendekatan secara berterusan dengan menganjurkan program Ramadan seumpama ini pada setiap tahun,” ujarnya.

Beliau berkata, usaha sedemikian adalah penting untuk mengeratkan lagi silaturrahim dan mengukuhkan ukhuwah sesama masyarakat yang sesuai dengan tuntutan Islam.

Jelas beliau lagi, dengan sumbangan daripada Yayasan Pekema, ia diharapkan dapat meringankan sedikit beban dan memberikan keceriaan kepada anak-anak ini ketika menyambut Ramadan dan Syawal yang akan tiba.

Terdahulu, sumbangan hari raya termasuk beg sekolah itu telah diserahkan kepada 100 pelajar tahfiz dan asnaf yang terdiri daripada tiga buat pertubuhan.

Ia melibatkan Pertubuhan Kebaikan Baitul Hasan, Kuala Lumpur, Madrasah Tahfiz Miftahul Ulum, Hulu Langat dan Maahad Tahfiz Al-Husni, Jeram, Kuala Selangor. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button