Cerita ArtisHiburan

Yazmin Aziz Cipta Lagu Berdasarkan Pengalaman Pahit Ditinggalkan Bapa

Penyanyi baru, Yazmin Aziz yang tampil dengan single pengenalan, Lihatlah menyatakan lagu itu tercipta di atas pengalaman pahit yang pernah dilaluinya.

Menurut Yazmin, dia memasukkan emosi sedih itu bagi mendapatkan penghayatan lagu tersebut.

“Saya gunakan kisah penceraian ibu bapa sebagai idea untuk lagu ini yang mana ia menceritakan tentang kekuatan dan ketabahan seseorang itu apabila ditinggalkam individu yang disayangi.

“Sejak bercerai dengan ibu, ayah memang menghilang sehingga ke hari ini dan saya sendiri tak tahu dia di mana.

“Lirik ini lagu ini pun saya dah gubah sejak beberapa tahun lalu. Selain dari kisah saya, pengalaman rakan baik yang putus cinta pun saya gunakan sebagai ilham untuk Lihatlah.

“Saya cuba buat kelainan dengan lagu empowerment sebab kalau putus cinta sahaja mesti banyak lagu sedih. Jadi kali ini kita tukar arah pula,” katanya kepada KopiPlanet.com.

Yazmin ditemui pada majlis sidang media memperkenalkan single Lihatlah di pejabat Warner Music di Neo Damansara, semalam.

Penyanyi kacukan Melayu dan Filipina ini juga ingin mengembangkan kerjayanya di negara kelahirannya ibunya dan memasang impian ingin menerbitkan Lihatlah dalam bahasa Tagalog pula.

“Saya banyak dapat maklum balas daripada peminat di Filipina yang suka dengar lagu Lihatlah dan rata-rata daripada mereka inginkan lagu itu dinyanyikan dalam bahasa Tagalog pula.

“Saya memang dah pasang impian itu dan kita tengok nanti macam mana. Yang penting lagu Lihatlah ini dapat menambat hati peminat lagu-lagu Melayu,” katanya lagi.

Lihatlah merupakan hasil ciptaan bersama Yazmin, 17, bersama Vince Chong manakala liriknya hasil nukilan M.Zulkifli dan Yazmin sendiri. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button