Cerita ArtisHiburan

Yuka Kharisma Dedikasi Lagu Melihatmu Bahagia Buat Ibu Tercinta, Akan Menangis Setiap Kali Ketika Proses Rakaman

Setelah agak lama tidak menghasilkan sebarang single, penyanyi Yuka Kharisma kini muncul dengan sebuah lagu baharu berjudul Melihatmu Bahagia.

Yuka berkata, untuk lagu baharu tersebut ternyata ia cukup istimewa memandangkan ia dedikasikan buat insan yang dicintai dan dirinduinya.

“Melihatmu Bahagia adalah dedikasi serta penghargaan saya terhadap ibu, ia menceritakan tentang betapa besarnya pengorbanan seorang ibu dalam membesarkan anaknya. Mesej yang saya cuba sampaikan adalah supaya kita sentiasa mengingati jasa ibu kerana tak mungkin kita dapat membalasnya, dan hargailah setiap saat yang diberikan bersama.

“Selain itu, saya dan suami mahukan kelainan dari segi komposisi muzik dengan memasukkan elemen sinematik agar lebih terkesan apabila pendengar mendengarnya. Hampir setiap kali rakaman dijalankan pasti saya akan menangis kerana ia terlalu sedih untuk dinyanyikan,” ujarnya.

Bercerita lebih lanjut mengenai proses penerbitan lagu tersebut, penyanyi kelahiran Aceh, Indonesia itu memberitahu Melihatmu Bahagia adalah ciptaannya sendiri yang dihasilkan pada bulan Mac lalu.

“Proses rakaman pula ia mengambil masa selama sebulan untuk disiapkan dan ia telah dilakukan di kediaman saya sendiri.

“Demi mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), saya bersama suami mengambil keputusan untuk melakukan kesemuanya di rumah,” jelasnya.

Lagu Melihatmu Bahagia boleh dimuat turun di iTunes Store dan dijadikan sebagai nada dering panggilan menerusi semua syarikat telekomunikasi tempatan.

Selain itu, ia boleh didengar dan nikmati pada bila-bila masa melalui aplikasi penstriman atas talian seperti Apple Music, Spotify, Joox, YouTube Music, KKBox dan Deezer, manakala MV single ini pula boleh ditonton secara eksklusif di YouTube Rocketfuel Network. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button