
Yuna Dedah Pernah Beritahu Ibu Dia Enggan Berkahwin, Dapat Tahu Kru Televisyen Cari Lokasi Perkahwinannya
Pada kebiasaannya, ramai artis yang menginginkan acara perkahwinan mereka mendapat liputan yang meluas, terutama sekali dengan kehadiran pihak media.
Bagaimanapun, ia berbeza dengan perasaan yang dirasai oleh penyanyi Yuna yang lebih sukakan privasi berkenaan kehidupan, termasuk alam perkahwinan.
Dalam satu perkongsian di Instagram, Yuna menyatakan pada majlis perkahwinannya pada 2018, kebanyakan media tempatan menyiarkan berita tersebut menerusi kenyataan media dan gambar perkahwinan yang disediakan pihaknya.
Bagaimanapun, ia ada sebab untuk berbuat demikian lantaran mahukan ruang privasi untuk majlis perkahwinannya itu.
“Perkara yang paling ditakuti sejak mula masuk ke industri muzik dan menjadi seorang pesonaliti yang dikenali ialah sekiranya majlis perkahwinan saya diserbu orang.
“Saya adalah seorang yang sangat inginkan ruang privasi dan tidak mahu hal tersebut merosakkan perkahwinan saya,” katanya.

Menurut Yuna lagi, dia pernah memberitahu ibunya yang dirinya enggan berkahwin hanya kerana risau perkara itu terjadi.
Jelasnya, apatah lagi dia mendapat tahu tentang khabar angin yang mengatakan ada kru televisyen cuba untuk mencari lokasi perkahwinan saya tetapi tidak jumpa.
Namun jelas penyanyi lagu Stay Where You Are itu, dia berasa gembira kerana perkara itu tidak terjadi sewaktu majlis perkahwinannya.
“Hari perkahwinan itu adalah hari yang paling gembira disepanjang hidup saya,” katanya.
Yuna turut memberitahu yang majlis perkahwinannya itu adalah begitu berharga kerana dia dapat meluangkan masa bersama dengan ahli keluarganya sama ada yang masih hidup mahupun yang telah tiada. – KopiPlanet.com