
Yuna Selamat Diijabkabul Dengan Adam Sinclair Di Puncak Pergunungan
Penyanyi yang mencipta nama di Amerika Syarikat, Yunalis Datuk Mat Zara’ai selamat diijabkabulkan dengan pengarah video komersil, Adam Yousof Mohamed Sinclair, 33, di Puncak Rimba, Bentong, Pahang tepat jam 7 petang tadi.
Pasangan itu selamat dinikahkan dengan sekali lafaz oleh pegawai Jabatan Agama Islam, Bentong, Pahang iaitu Azmi Noh dan berwalikan bapa Yuna, Datuk Mat Zara’ai.
Menerusi kenyataan media yang dikeluarkan oleh syarikat pengurusan Yuna, penyanyi lagu Crush itu menerima tujuh dulang hantaran dan dibalas dengan sembilan dulang hantaran.
Majlis pernikahan mereka dihadiri 300 tetamu yang terdiri daripada ahli keluarga dan rakat terdekat kedua-dua belah pihak.
Penyanyi wanita itu kelihatan anggun dengan persalinan putih rekaan pereka fesyen popular, Hatta Dolmat.
Yuna dan Adam mula berkenalan pada 2013 dan menjalinkan hubungan rapat dua tahun kemudiannya.
Pasangan itu kemudian bertunang pada 5 Ogos tahun lalu di kediaman keluarga di Shah Alam.
Yuna dan Adam akan diraikan dalam satu majlis resepsi di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Ahad ini. – KopiPlanet.com
Kredit foto: Instagram weddingsbyqay