Cerita ArtisHiburan

Zahirah & Aiman Pulang Ke Perth, Akan Balik Malaysia Dengan Cahaya Mata

Pasangan pelakon, Aiman Hakim Ridza dan Zahirah Macwilson berkongsikan entri terbaharu di media sosial dengan memuat naik gambar mereka berada dalam pesawat untuk berlepas ke Perth, Australia.

Menerusi perkongsian di Instagram Story (IGS) masing-masing, Zahirah menulis, “Jumpa lagi tahun depan, Malaysia. Kami sayang anda semua, terima kasih atas doa daripada kalian semua.”

“InsyaAllah kami akan pulang bertiga ke Malaysia nanti,” tulisnya. Zahirah dan Aiman berlepas ke destinasi mereka dengan menaiki pesawat Malaysia Airlines (MAS) seperti yang dikongsikan aktor tersebut.

Zahirah, 25, sebelum ini pernah menyatakan hasrat dia ingin bersalin di Perth, Australia memandangkan ibu dan adik-beradiknya menetap di sana.

Sementara itu, bapa kepada Zahirah iaitu pelakon Zainol Macwilson pula mengesahkan kedua-duanya pulang ke Perth.

“Papa doakan semoga kakak serta cucu papa dan menantu selamat sampai dan mohon sama-sama kita doakan keselamatan mereka agar dilindungi Allah sepanjang masa,” tulisnya di Instagram.

Pasangan sama cantik sama padan itu diijabkabulkan pada tanggal 20 Februari lalu di Glam Hall, Damansara Perdana. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
1
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button