Cerita ArtisHiburan

Zarina Anjoulie Sahkan Dia & Yas Sudah Bercerai Buat Kali Kedua

Pelakon popular Zarina Anjoulie mengesahkan bahawa dirinya sudah bercerai buat kali kedua dengan bekas suaminya, Eilyas Azhar atau Yas.

Perkara berkenaan disahkan sendiri oleh pelakon berkenaan menerusi perkongsian di Instagram miliknya.

“Ramai tanya betul ke Anju dan Yas dah cerai…

“Yes betul kami dah cerai terima kasih,” katanya.

Pasangan tersebut mengambil keputusan untuk rujuk semula pada bulan Mac lalu setelah bercerai ketika usia perkahwinan baru mencecah lapan bulan.

Mereka telah mendirikan rumah tangga pada 17 Julai 2020. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
3
+1
1
+1
3
+1
8
+1
2

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button