Cerita ArtisHiburan

Zarina Anjoulie Tawarkan Duit Jika Ada Yang Boleh Dapat Gambar Dia Kena Gari Dalam Lokap

Pelakon sensasi Zarina Anjoulie menawarkan duit kepada sesiapa sahaja yang boleh mendapatkan gambar dirinya telah digari.

Menerusi sesi live di Instagram pada pagi tadi, Zarina juga menafikan dirinya telah ditahan di lokap.

“Aku tak pernah masuk lokap. Siapa boleh dapat gambar aku dengan gari dalam lokap, kena reman dalam lokap, aku kasi duit tak ada masalah.

“Bila masa aku masuk lokap? Korang pun semua tahu aku hari-hari live. Aku update story hari-hari. So, bila yang aku kena reman?” jelasnya.

Sebelum ini, pelakon berkenaan dikatakan merupakan selebriti wanita yang telah ditahan polis baru-baru ini berkaitan penyalahgunaan dadah.

Sementara itu, Zarina pula telah membuat satu laporan polis berkenaan dakwaan imej gambarnya telah tersebar di media sosial dikatakan sedang berada di dalam bilik di bahagian siasatan jenayah narkotik IPD Nilai, Negeri Sembilan. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
1
+1
0
+1
2
+1
0
+1
1
+1
1

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button