Zizan Razak Hanya Anggap Hawa Rizwana Seperti Seorang Adik
Melihat kepada ‘keakraban’ yang dipamerkan antara pelakon dan pelawak Zizan Razak serta Hawa Rizwana Redzuan apabila sering berbasikal bersama-sama telah mengundang reaksi netizen.
Bagaimanapun, Zizan menjelaskan dia hanya menganggap pembaca berita popular TV3 itu tidak lebih seperti seorang adik.
“Saya pun tak tahu kenapa saya dengan Hawa digosipkan. Saya menganggap dia seperti adik saya sahaja, tidak lebih daripada itu.
“Saya pun tidak pernah rasa ada perasaan dengan dia. Pada saya Hawa seorang anak yang sangat baik, adik yang sangat konsisten dengan kerja dan fokus dengan kerja yang dibuat,” jelasnya.
Zizan berkata demikian ketika ditemui semasa majlis pelancaran produk Wholly Fitz yang berlangsung di Hotel Royale Chulan Kuala Lumpur semalam.
Jelasnya, dengan gosip yang timbul itu dia melahirkan kerisauannya terutama sekali terhadap kerjaya dirinya dan Hawa.
>Baca: Menang Hero Remaja, Batu Loncatan Nadhir Takluk Bidang Lakonan
Menurut Zizan, dia tidaklah selalu berhubung dengan Hawa dan sebaliknya mereka hanya saling berhubung apabila melibatkan aktiviti berbasikal.
“Jadi, saya kesian pada orang-orang di luar sana yang anggap kami ada apa-apa dan ia menjadi satu spekulasi yang boleh membawa kepada benda yang tidak baik.
“Saya cerita perkara ini supaya semua orang faham yang kami ini seperti abang dan adik. Saya rasa kelakar sebab dia terlalu muda dan saya nak dia bekerja dan bekerjaya dengan baik terlebih dahulu,” ujarnya. – KopiPlanet.com