Cerita ArtisHiburan

Zizan Razak Mohon Doa Kesihatan Dan Kesembuhan Puteri Nur Zulaika

Pelakon dan pelawak terkenal Zizan Razak memohon doa semua pihak terutamanya peminat untuk kesembuhan dan kesihatan peminat ciliknya, Puteri Nur Zulaika.

Menerusi Instagram miliknya, Ziza berkongsi tentang sesi kunjungannya ke sebuah hospital di Port Dickson untuk menziarahi Puteri Nur Zulaika menghidap jangkitan kuman pada paru-paru.

“Terima kasih adik Puteri ku sayang di atas doa yang benar buat uncle Zizan rasa sangat menusuk ke hati. Dari awal lagi Zizan rasa sayu ketika perjalanan menuju ke hospital pd (Port Dickson) untuk melawat adik puteri.

“Setibanya saya di sana niat ingin hiburkan Puteri tetapi lain jadinya. Hilang lawak saya yang menitis cuma air mata yang mencurah. Ya Allah. Cuma Allah sahaja tahu perasaan saya ketika itu,” luahnya.

Menurutnya, ketika kunjungannya itu juga pelawak berkenaan turut bertanyakan pelbagai soalan kepada doktor tentang cara untuk memulihkan peminat ciliknya itu.

“Mahu lihat peminat syurga Zizan ni sihat secepat mungkin. Dengan Kuasa Allah tiada yang mustahil. Ya saya yakin. Amin. Juga terima kasih pada @jozlynnhanania kerana sempat hiburkan adik puteri comel ini. Tak lupa pada @aedyxashraf sempat melayan dan bertanya kabar.

“MashAllah. Kuat betol semangat adik puteri untuk terus berjuang untuk hidup. Saya benar benar menyeru buat semua followers saya untuk doakan supaya Adik Puteri Nur Zulaika supaya dipermudahkan selaga urusan dan kesihatan anak syurga ini sembuh secepat mungkin. Ya Allah makbulkanlah doa ini ya Allah,” ujarnya.

Rata-rata yang mereka yang memberikan komen turut mendoakan kesihatan dan kesembuhan Puteri Nur Zulaika, termasuk ramai rakan-rakan artis. – KopiPlanet.com

Kredit Foto: Instagram Zizan Razak

 

View this post on Instagram

 

Terima kasih adik Puteri ku sayang diatas doa yang benar buat uncle Zizan rasa sangat menusuk ke hati. Dari awal lagi Zizan rasa sayu ketika perjalanan menuju ke hospital pd untuk melawat adik puteri. Setibanya sy disana niat ingin hiburkan Puteri tetapi lain jadinya. Hilang lawak saya yang menitis cuma air mata yang mencurah. Ya Allah. Cuma Allah sahaja tahu perasaan saya ketika itu. Berbagai soalan pada doctor saya tanya untuk tahu bagaimana cara untuk pulihkan adik puteri dari keadaan sekarang. Mahu lihat peminat syurga Zizan ni sihat secepat mungkin. Dengan Kuasa Allah tiada yang mustahil. Ya saya yakin. Amin. Juga terima kasih pada @jozlynnhanania kerana sempat hiburkan adik puteri comel ini. Tak lupa pada @aedyxashraf sempat melayan dan bertanya kabar. MashAllah. Kuat betol semangat adik puteri untuk terus berjuang untuk hidup. Saya benar benar menyeru buat semua followers saya untuk doakan supaya Adik Puteri Nur Zulaika supaya dipermudahkan selaga urusan dan kesihatan anak syurga ini sembuh secepat mungkin. Ya Allah makbulkanlah doa ini ya Allah. 😭😭😭😭😭❤️❤️❤️❤️ Amin..

A post shared by Z I Z A N R A Z A K (@zizanrazak869) on

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button