EventHiburan

Zizan Razak Terima Pencalonan Terbanyak AME 2018

Anugerah MeleTOP Era 2018 (AME 2018) yang akan berlangsung pada 8 April ini menyaksikan pelakon dan pelawak Zizan Razak mengungguli carta apabila menerima pencalonan terbanyak menerusi empat kategori.

Dalam satu majlis pengumuman Top 5 yang berlangsung petang tadi, Zizan tercalon dalam kategori Bintang Filem MeleTOP, Fesyen MeleTOP, Artis Lawak MeleTOP dan Grup/Duo Meletop (bersama SonaOne).

Mengikuti rapat artis yang menerima pencalonan terbanyak adalah Zul Ariffin, Siti Nordiana dan Jep Sepahtu menerusi tiga kategori.

Pelakon Zul Ariffin tercalon dalam kategori Bintang Filem MeleTOP (J Revolusi & Tombiruo: Penunggu Rimba), Pelakon TV MeleTOP dan Drama MeleTOP.

Penyanyi Siti Nordiana pula berada dalam Top 5 untuk kategori Hos MeleTOP, Penyanyi MeleTOP dan Pelakon TV MeleTOP, manakala Jep Sepahtu pula tercalon untuk Artis Lawak MeleTOP, Penyampai Radio MeleTOP dan Couple MeleTOP (Sari Yanti).

Lain-lain artis yang turut tersenarai dalam pencalonan akhir seperti Datuk Seri Siti Nurhaliza (Lagu MeleTOP & Grup/Duo MeleTOP), Khai Bahar dan Haqiem Rusly (Penyanyi MeleTOP & Lagu MeleTOP).

AME 2018 yang akan berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil akan dihoskan oleh Nabil Ahmad dan Neelofa. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button