Cerita ArtisHiburan

Zul Ariffin Tidak Tahu Hubungan Intan Najuwa Putus Kali Kedua, Tolak Khabar Angin Dikatakan Jadi Punca

Pelakon popular Zul Ariffin menafikan khabar angin yang mendakwa dirinya dikatakan punca kepada berakhirnya hubungan pelakon Intan Najuwa dengan Razrul Anwar Rusli buat kali kedua.

Zul berkata, dia langsung tiada kena-mengena tentang perkara tersebut, malah tidak mengetahui mengenainya.

“Saya tidak pernah pula dengar cerita ini (Najuwa putus tunang) dalam media sosial.

“Lagipun saya sudah selalu sangat dikaitkan dengan pelbagai gosip, tetapi untuk kali ini saya memang tidak tahu dan tiada kena-mengena,” katanya.

Dia berkata demikian ketika ditemui semasa majlis pratonton filem Penunggang Agama yang berlangsung petang tadi.

Sebelum ini, Intan Najuwa telah menjawab persoalan peminat tentang hubungan dengan bekas kekasihnya itu.

Dalam pada itu, Zul menyatakan bahawa dia tidak ada masa untuk mengusutkan kepala dengan perkara tersebut.

“Saya ada banyak benda nak buat dan macam takde kerja lain pula hendak jadi punca. Ini bukan kali pertama orang bercakap tentang saya berkaitan isu seperti ini.

“Sebelum ini pun sudah ada spekulasi tersebut muncul, mungkin disebabkan pernah digandingkan bersama dalam drama,” ujarnya.

Untuk rekod, Intan dan Zul pernah bergandingan dalam drama Setelah Ku Dimiliki yang disiarkan menerusi slot Akasia pada tahun 2019.

Apakah reaksi anda?
+1
1
+1
0
+1
1
+1
0
+1
0
+1
0
+1
1

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button