Cerita ArtisHiburan

Ummi Nazeera Tayang Wajah Anak, Pilih Nama Aysha Arsylia Sempena Nama Isteri Rasulullah

Setelah tujuh hari melahirkan anak kedua, akhirnya pelakon Ummi Nazeera menayangkan wajah anaknya.

Menerusi satu perkongsian video di Instagram, Ummi turut mengumkan nama anaknya itu.

“Alhamdulillah. Dah hari ke-7. Ummi nak share nama anak kami iaitu Aysha Arsylia. Sempena nama isteri baginda Rasulallah SAW. Arsylia pula yang bermaksud kehidupan yang tenteram, bahagia & sempurna.

“Semoga Aysha akan membesar menjadi anak yang solehah, dengar cakap ibu bapa & keluarga, serta berbakti kepada agama dan negara,” kongsinya.

Pada masa sama, Ummi turut menyatakan pengalaman ketika peringkat awal dia mengandungkan anak keduanya.

“Risau mummy masa 4 minggu mengandungkan Aysha dulu dah bleeding.

“Tapi alhamdulillah, mummy diberi peluang untuk melahirkan Aysha secara normal. Syukur syukur.Allah Maha Besar,” ujarnya. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
1
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button